ANGKUP ( CALIPER )
Angkup adalah alat
yang mustahak didalam kerja-kerja mengukur dan menguji diperingkat asas.Didalam
kertas Penerangan ini menerangkan lebih lanjut tentang jenis-jenis dan kegunaan
Angkup.
1. Angkup Bercantum ketat(Firm joint)
Kakinya dicantumkan
dengan ketat menggunakan skru segienam dan nat.Untuk melaraskan kaki angkup
ini,terpaksa ditengkuh pada benda pejal.Digunakan pada kerja-kerja yang kasar.
2. Angkup Bercantum Pegas (Spring Joint)
Pada angkup ini
terdapat satu pencengkam pegas yang boleh mengenakan tekanan pada nat
pelarasnya,ini membolehkan pelarasan halus dibuat dengan mudah iaitu dengan
hanya memutarkan nat pelaras.digunakan untuk kerja-kerja halus.
Kegunaan
Angkup Luar
Untuk mendapatkan
dimensi sebelah luar bendakerja bulat atau rata (Rajah 3.47), ketebalan dinding
silinder dan bahagian benda kerja bertingkat.
2. Angkup Dalam
(Inside Caliper)
Bentuk dan binaan
angkup dalam serupa dengan angkup luar kecuali ia mempunyai kaki yang bengkok
ke luar .(Rajah 3.48)
Kegunaan Angkup dalam
Untuk mengambil
ukuran sebelah dalam seperti garis pusat batang paip,garis pusat lubang,lebar
lurah,lengkang lurah alur kunci dan sebagainya.(Rajah 3.49)
3. Angkup Pemindah
Menggunakan
Angkup
Oleh sebab angkup
tidak mempunyai skala,ukuran tidak dapat dibaca terus tetapi terpaksa
dipindahkan kepada alat pengukur lain.Pada umumnya terdapat dua cara
menggunakan angkup,iaitu.
1. Ukur bendakerja
dengan angkup dan pindahkan kepada alat pengukur seperti pembaris
keluli,mikrometer dan sebagainya supaya ukurannya dapat dibaca.(Lihat Rajah
3.51 (a)
2. Pasangkan angkup
pada alat pengukur mengikut ukuran yang dikehendaki,kemudian bandingkan dengan
saiz benda kerja.
(Lihat Rajah 3.51
(b).
Mengukur
benda kerja bulat
(a) Bahagian luar
(b) Bahagian dalam
Laraskan angkup pada
garispusat lubang yang hendak diukur.Sandarkan satu datipada kakinya kepada
tepi lubang,gerakkan kaki yang satu lagi kearah tepi lubang bertentangan
mengikut garis pusatnya (Lihat Rajah 3.53).Kemudian pindahkan angkup kepada
alat pengukur untuk mendapatkan ukurannya.
4. Angkup Jenney / Angkup Kendi (Odd - Leg / Jenny caliper )
Angkup Jenney berbeza
daripada angkup lain kerana ia mempunyai kaki angkup dan juga kaki jangka
tolok.Ia diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan
dibaja.Biasanya angkup ini jenis bercantum ketat (Rajah 3.54).
Penggunaan
angkup Jenney
Kegunaan
angkup Jenney
1. Membuat garisan
yang selari dengan tepi sebelah luar benda kerja (Rajah 3.56).Untuk mendapatkan
ukuran sebenar,angkup hendaklah dipegang bersudut tepat dengan tepi.(Lihat
Rajah 3.57).
.
Rajah 3.56
2. Membuat garisan
yang selari dengan tepi sebelah dalam benda kerja.Untuk tujuan ini,kaki angkup
hendaklah diterbalikkan (Rajah 3.58)
Cara
menggunakan Angkup :
Ketepatan dalam kerja
yang menggunakan angkup,hanya boleh terdapat jika pekerja mengikut cara yang
betul dan mahir menggunakannya.Cara-cara yang betul adalah seperti berikut :-
a) Angkup hendaklah
sentiasa dipegang dengan gaya
yang lembut supaya ukuran bendakerja itu tidak berubah dan dengan yang demikian
membolehkan ukuran yang tepat.
b) Amalkan satu 'rasa' pemegang setara'kerana dengan amalan ini ukuran pada
bendakerja itu sentiasa sama.
c) Jangan mengukur bendakerja yang berpusing dengan Angkup hasil kerjanya
tidak tepat dan akan menghauskan kaki Angkup.
Penjagaannya :-
Angkup adalah alat penyukat yang mustahak dan hendaklah diberikan oerhatian
yang sewajarnya :-
a) Semasa melaras angkup jangan mengetuk pada hujung kakinya.
b) Untuk mendapatkan kerja yang tepat,perlulah hujung
kaki angkup menyentuh permukaan bendakerja secara tidak terlalu kuat.
c) Penggunaan mestilah menggunakan /rasa pemegang setara.
d) Setelah Angkup digunakan perlu diminyak dan disimpan didalam kotak
berasingan.
No comments:
Post a Comment