Pengukuran Bersudut (Angular)


Jangka Sudut Vernier


Kegunaan Jangka Sudut Vernier

a)     Untuk mengukur sudut tepat. Ketepatannya boleh dibaca sehingga 5' atau 1/2 darjah.
Untuk kerja- kerja  menanda atau menguji sesuatu sudut 

Bahagian-bahagian Jangka Sudut Vernier.

Bilah

Bilah mempunyai berbagai ukuran , biasanya 150mm atau 300mm. Ia dimasukkan kedalam dial boleh dikilas, dilaraskan dan dikunci pada sebarang kedudukan sudut.


Dial

Dial terdiri daripada dua skala iaitu:

(a)  Skala utama - skala ini disenggatkan kepada 360 iaitu dari 0 - 90 , 90 - 0 , 0 - 90, 90 - 0.Ia Dinomborkan setiap 10.

(b)  Skala vernier - Skala ini disenggatkan kepada 12 bahagian,tiap-tiap satu bahagian mewakili 5' atau 1/12" dan dinomborkan setiap 3 senggatn iaitu 15 , 20 , 45 dan 60. Kedua-dua skala utama dan skala vernier ini dibuat dua arah dari angka sifar (0).



Prinsip Membaca Ukuran

Jika bacaan sudut dalam darjah penuh : 

Garisan sifar (0) dan garisan ke-60 skala vernier akan sejajar dengan mana-mana garisan pada               
skala utama.

Jika bacaan bukan dalam darjah penuh :

 Baca senggatan utama dari 0 hingga ke senggatan yang telah dilalui oleh garisan sifar skala   vernier dalam arah yang sama.Kemudian campurkan jumlah garisan pada skala vernier yang sejajar dengan mana-mana garisan pada skala utama,juga dalam arah yang sama.


Contoh 1


Garisan sifar (0) skala vernier
melampaui garisan ke -64
Skala utama.Oleh itu bacaannya.                                      = 64° 00'

Garisan ke -2 skala vernier sejajar
Dengan salah satu garisan pada
Skala utama (di baca dalam arah
Bacaan yang sama).Oleh sebab setiap
1 senggatan bersamaan dengan 5 ',
maka bacaannya                                       = 2 x 5'             =      10'
                                                               Jumlah               64° 10'   


                                                                           
Contoh 2


Garisan sifar skala vernier
Melampaui garisan ke -20
Skala utama.Bacaannya                                                = 20° 00'

Garisan ke 9 skala vernier sejajar dengan salah
Satu garisan pada skala utama (dibaca dalam arah
Yang sama).Oleh sebab tiap-tiap satu sengatan
Bersamaan dengan 5',
Maka bacaannya                                           9 x 5’       =       45 '
                                                          Jumlah                20° 45 '


Sesiku Bergabung
  
Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan pada pembaris (Rajah 3.34), Iaitu :

1.    Pembaris keluli
2.    Kepala sesiku
3.    Kepala jangka sudut
4.    Kepala pusat




 


1.   Pembaris Keluli
Di bahagian belakangnya terdapat lurah bagi membolehkan bahagian kepala berkesot.

2.   Kepala Sesiku
Mempunyai sudut tepat 90' dan sudut 45.Ia juga dilengkap dengan pengaras spirit.Kombinasi kepala sesiku dan pembaris ini membolehkan sesiku bergabung digunakan untuk menanda garisan selari atau bersudut tepat dengan tepi (Rajah 3.35 (a) dan 3.35(b),sebagai tolok menguji dalam dan juga menguji sudut tepat (Rajah 3.35 (c) atau sudut 45 (Rajah  (3.35 (d).

3.   Kepala Jangka Sudut
Ia disenggatkan kepada 0 180 atau 0 - 90 sebelah-menyebelah.Kepala jangka sudut membolehkan pembaris disetkan kepada sebarang sudut yang dikehendaki.Rajah 3.36 menunjukkan salah satu kegunaan kepala jangka sudut.

4.   Kepala Pusat
Kepala pusat digunakan untuk menanda pusat bar bulat atau membuat garisan pada sisi bongkah yang bersudut tepat.
Ketiga -tiga jenis kepala yang disebutkan diatas boleh ditempatkan dimana-mana kedudukan pada pembaris.


Penggunaan sesiku bergabung:


Sesiku Serong
Sesiku serong diperbuat daripada keluli berkarbon dan semua permukaan serta tepinya dicanai.
Sesiku ini terdapat dalam berbagai-bagai bentuk ( rajah 3.60 )matanya boleh dikilaskan kepada sebarang sudut dan dikuncikan kepada sebarang kedudukan yang dikehendaki. Sesiku ini tidak mempunyai senggatan.     
                                                                                    
                   

Kegunaan Sesiku Serong
Untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi serong ( rajah 3.61 )


Jangka Sudut
Badan Jangka sudut berbentuk separuh bulatan dan mempunyai skala 0-180. Bilah boleh dikilas seperti jarum jam dan dikuncikan kepada sebarang sudut ( rajah 3.62 )

Kegunaan Jangka Sudut

1.    Untuk menanda garisan bersudut.
2.    Untuk menguji, melaras atau memindahkan sudut yang diambil daripada bendakerja.

Penjagaannya;

1.   Alat-alat ini ialah alat yang berketepatan yang tinggi oleh itu elakkan dari terjatuh.
2.   Jangan gunakan alat ini di permukaan yang kasar dan kotor.
3.   Jangan diketuk atau dibuat sebagai pengetuk.
4.   Setelah digunakan hendaklah dibersihkan dan disimpan didalam kotak yang dikhaskan.


1 comment: