Pengukuran Lurus (Linear)


Pengukur Keluli

Definasi :

Pengukur keluli adalah kepingan bilahan jalur logam yang mempunyai sengatan atau tandaan pada unit ukuran dimana ia boleh membuat ukuran atau sukatan objek bendakerja dengan betul dan tepat mengikut ketepatan 0.5 mm bagi Pengukur metrik dan 1/64 inci bagi Pengukur Imperial.
 
Binaan dan Sengatan
 
Pengukur keluli ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

a.    Imperial  ( British )
b.    Metrik    ( U.S.A )

Pengukur keluli ini diperbuat berbagai bentuk , saiz  dan ketebalannya. Pengukur keluli yang biasa digunakan mempunyai saiz panjang 300 mm (12") dan 150 mm (6") serta lebarnya 12 mm hingga 18 mm serta tebalnya 0.4 mm hingga 0.6 mm.

Pengukur keluli mempunyai sengatan ( Graduation ) pada kedua-dua permukaannya inci dan centimeter. Pada pengukur Imperial ia terbahagi kepada pembahagi terkecil iaitu 1/8,1/16,1/32,1/64 dan 1/4. Bagi metrik pula ialah 0.5 mm. sengatan.

Bacaan terkecil boleh dibaca ketahap ketepatan 1/64 inci pada  Imperial dan 0.5 mm pada Metrik


JENIS DAN KEGUNAANNYA

Jenis utama pembaris/pengukur keluli adalah seperti berikut :

1. Pembaris Keluli Piawai/Biasa.

Pembaris Keluli piawai/biasa digunakan dibidang kejuruteraan dan ianya diperbuat daripada keluli bersepuh dan ditempa.Ia mempunyai panjang dalam 6" (150mm) atau 12" (300mm),3/4 lebar,3/64  tebal dan mempunyai sengatan 1/8" ,1/16",1/32" dan 1/64" yang terkecil. (Lihat rajah).


      
2. Pembaris Melentur/Flexible.
  
Pembaris ini diperbuat dari spring lebih kurang 0.4mm tebal,12.7mm lebar dan 150mm      
panjang.Kegunaan pengukur ini ialah untuk mengukur kerja-kerja yang melengkung dalam atau diluar.Keluli ini tidak mudah karat dan ia disalut dengan penebat karat (Anti rust coat).


3. Pembaris Cangkuk

Pengukur ini mempunyai satu cangkuk dihujungnya untuk memudahkan membuat ukuran pada bahagian dalam yang tidak dapat dilihat dan juga bendakerja yang berbagai bentuk. Pembaris ini terdapat dalam berbagai bentuk atau saiz panjangnya.


4. Pembaris Pendek

Pembaris ini mempunyai satu set pengukur yang berbagai saiz.Ia digunakan apabila lain-lain alat pengukur tidak dapat mengukur bahagian-bahagian yang kecil dan terhad.Ia juga boleh digunakan dari berbagai kedudukan dengan memusingkan nut pada hulu pemegangnya.Saiz-saiznya ialah 1/4" , 3/8", 1/2" , 3/4" dan 1 inci.


5. Pembaris Mengecut

Pembaris ini adalah pembaris yang ditempa dan sama dengan pengukur keluli biasa,cuma ukuran incinya lebih panjang sedikit daripada ukuran inci pembaris biasa.Ia digunakan oleh pembuat pola (die maker) untuk membuat tuangan.Tuangan mesti direntukan besar daripada saiz yang dikehendaki. Ini adalah kerana tuangan akan mengecut apabila ia mengalami proses penyejukan logam ke pepejal. Pengukur ini dibuat biasanya 1/10" (2.54mm)hingga 7/16" (11mm) kaki persegi lebih besar.


6. Pengukur Keluli Pita

Ia diperbuat daripada keluli spering tahan karat  ( non rusting spring steel ) Ia digunakan untuk mengukur bendakerja berbentuk bulat atau berbagai  bentuk. Keseluruhan  bilah kepingannya lembut dan boleh melentur ( flexible ). Ia selalunya digunakan untuk mengukur bendakerja yang panjang. Lebarnya 3/8" (9.5mm) panjangnya  25 kaki ( 7.6 M ) hingga 100 kaki ( 30.4 M )


7. Pengukur Berlipat (Folding Rule )

Pengukur ini ada diperbuat daripada kayu, keluli dan campuran logam ringan. Ia mempunyai     
Ketepatan lebihkurang 1mm pada 1000mm panjang yang mana ketepatannya juga bergantung pada pemakai atau penggunanya. Panjangnya sehingga 2meter dan mempunyai lipatan sehingga 10 lipatan.


ANGKUP VINEAR

Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm.Alat ini lazimnya digunakan didalam bengkel mesin.Angkup Vernier mempunyai dua skala utama dan skala Vernier.




Bahagian-bahagian Angkup Vernier

Badan

Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci.Senggatan ini dinamakan skala utama.Panjang badan ini menentukan saiz angkup Vernier.


Plat Vernier

Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepanjang badan.


Rahang

Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar.Rahang tetap merupakan sebahagian daripada badan yang bengkok,manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap.Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup vernier.Apabila muka ukuran ini bersentuh,bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap.

Rusuk

Rusuk berbentuk runcing.Ia terletak disebelah atas.Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.

Skru pengunci

Skru pengunci digunakan untuk mengunci plat vernier supaya kedudukan tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluar dari benda kerja.Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

Penganjak halus

Ada juga angkup vernier yang dilengkap dengan penganjak halus.Pengapit penganjak halus ini hendaklah diketatkan terlebih dahulu supaya nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier.

Bilah pengukur dalam

Ia merupakan satu bilah yang kecil,boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.


Prinsip Skala Vernier

Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda senggatan pada satu-satu skala.Oleh itu angkup vernier mestilah :-
1.   Mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.
2.   Senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.
3.   Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.

Jika angkup luar vernier dilaraskan pada 0.02,maka senggatan ke-2 pada skala utama dan skala Vernier pula yang akan sejajar (lihat rajah dibawah).Begitulah seterusnya jika angkup vernier disetkan menggunakan ukuran yang lain.               

Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai tentukuran 0.05 mm dan 0.02mm sahaja.Ini adalah kerana,untuk membahagi 9 mm kepada 10 bahagian yang sama tentulah garisan-garisan senggatan itu terlalu rapat dan seterusnya sukar untuk dilihat.Dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm.


Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.02 mm

Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap Sepuluh senggatan iaitu 10,20,30 dan seterusnya.Skala vernier pula panjangnya 49 mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.

Apabila angka sifar pada kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar,senggatan ke-50 skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke-49 pada skala utama.

Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier,maka tolakkan 1 mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier.
Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah :

                      50 senggatan skala vernier  = 49 mm skala utama
                                              1 senggatan  = 49/50
                                                                   = 0.98mm

                       Perbezaan nilai senggatan   = 1mm - 0.98 mm
                                                                   = 0.02 mm

Oleh itu,nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm. 




MICROMETER

Mikrometer merupakan alat pengukur jitu,lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat.

Mikrometer boleh didapati dalam unit metrik dan inci.Biasanya ukuran paling kecil yang boleh oleh mikrometer ialah 1/100 milimeter (0,.01 mm ).Terdapat juga mikrometer yang dilengkapkan dengan skala vernier dan ia boleh memberikan bacaan yang lebih kecil iaitu 1/1000 milimeter (0.001 mm).
Mikrometer inci pula boleh membaca sehungga 1/1000 inci (0.001 inci) dan 1/110 000 inci (0.0001 inci)



Bahagian-bahagian Mikrometer

Bingkai

Bingkai berbentuk separuh bulatan,mempunyai spindal di bahgian hujung sebelah kanan dan andas di sebelah kiri.

Andas

Andas dipasang tetap di sebelah kiri bingkai.Bagi setengah-setengah andas,tip tungsten karbida dikimpalkanloyangkan pada bahagian mukanya supaya tidak cepat haus.

Spindal

Di bahagian hujung sebelah kanan terdapat benang yang boleh berputar dengan bantuan nat yang dilekatkan pada bidal.Apabila bidal diputar spindal akan bergerak maju dan mundur ke permukaan andas.Bahagian hujung sebelah kiri spindal juga dikimpalloyangkan dengan tip tungsten karbida.Kedua-dua permukaan andas dan spindal merupakan muka ukuran.Ia mestilah rata,bersudut tepat dengan garis pusat spindal dan selari di antara satu dengan lain.

Laras

Pada bahagian laras terdapat senggatan-senggatan yang dibuat di sebelah menyebelah garisan selari,yang menjadi datum kepada mikrometer.Bahagian atas disenggatkan kepada 25 bahagian yang sama,tiap-tiap senggatan bersamaan 1 mm.Biasanya dinomborkan setiap lima sengatan.Di bahagian bawah pula,senggatan dibuat membahagi dua senggatan bahagian atas,ini bermakna tiap-tiap satu garisan bersamaan 0.5 mm.

Bidal

Muka lilitan bidal disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.Tiap-tiap satu bahagian bersamaan 0.01mm


Penganjak halus


Terletak di bahagian hujung bidal.Kegunaannya ialah untuk memastikan ketepatan ukuran yang dibuat kerana ia boleh mengawal dan mengelakkan bidal diputar berlebihan.Untuk mendapatkan bacaan yang tepat,tekanan mengukur mestilah tekal dan berdasarkan rasa sentuhan.                                  
                                                                                   


Permukaan andas dan spindal disebut muka ukuran kerana bendakerja diukur diantara dua permukaan ini.Untuk memulakan bacaan satu-satu ukuran,angka sifar pada bidal hendaklah sejajar dengan angka sifar pada laras.

1.   Mikrometer 0 -25 mm
Muka anadas dan spindal tertutup rapat apabila angka sifar pada laras sejajar dengan angka sifar pada bidal dan bacaannya ialah 0 mm.

2.   Mikrometer 25 - 50 mm
Walaupun angka sifar sejajar antara satu dengan lain tetapi jarak muka ukuran ialah 25 mm dan bacaan bermula daripada 25 mm.

3.   Mikrometer 100 - 150 mm
Bacaan untuk mikrometer ini bermula daripada 100 mm.

Membaca Mikrometer Metrik

1.    Bacaan senggatan terakhir pada laras atas yang dilalui oleh bidal didarabkan dengan 1 mm.
2.    Bacaan senggatan pada laras bawah yang terhampir dengan 1 mm didarabkan dengan 0.50 mm.
3.    Bacaan senggatan pada bidal yang sejajar dengan garisan skala laras didarabkan dengan 0.01mm.
4.    Campurkan ketiga-tiga bacaan di atas.Jumlah nilai tersebut merupakan bacaan bagi mikrometer itu.


Contoh


Bacaan senggatan terakhir pada laras atas             = 21 x 1      =   21.00 mm

Bacaan pada laras bawah yang terhampir
Dengan 1 mm                                                        = 1 x 0.5     =    0.50 mm

Bacaan senggatan bidal yang sejajar
Dengan skala melintang pada laras= 43 x 0.01  =    0.43mm                                                                                             
                                                                                 Jumlah    =    21.93 mm
                                                                                                
Oleh itu,bacaan sebenar ialah 21.93mm

No comments:

Post a Comment